Thursday, June 23, 2011

happy father's day

"selamat hari bapa untuk bapa2 yang kat luar sana
 sayangilah bapa kita selagi dia ada di depan mata"
aku teringin nak ucapkan selamat hari bapa untuk abah
tapi tahun ni aku hanya dapat pendam dalam hati
aku tengok kat tv, semuanya tulis
"'happy fathers day"
 bla... bla... bla...
sampai masa tu aku sampai nak terkeluarkan dah kata2 tu
bila fikir balik, aku kena terima hakikat
yang abah dah pergi meninggalkan aku dan keluarga
 tahun ni tahun pertama aku tanpa kasih sayang seorang bapa
memang rasa sedih bila teringin kembali
 im still miss you daddy...
sekarang hanya doa yang dapat mengiringi mu
al-fatihah.....


Wednesday, June 1, 2011

diri mu tiada pengganti



penghujung december ~


saat itu aku di serang demam panas,
abah lah orang yang paling bersusah payah pergi beli ubat,
dan memaksa aku memakan ubat,
mahu atau tak terpaksa juga aku telan,

lepas demam aku kebah, abah pula yang demam

~tak nak cite da...........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

january - april ~
abah di masukkan ke hospital klang (HTAR) hehehe,
di situ lah abah terima rawatan,
(yang setakat aku tahu je la)
gusi & buah pinggang jela,
masa dekat hospital, mak yang susah payah menjaga abah,

abah tak boleh nak berenggang dengan mak






tapi ada orang tak faham, kenapa aku dan adik- beradik lain tak boleh jaga abah,
   ish pada pandangan dia orang aku adik-beradik teruk sangat kot,
 sampai tak nak jaga abah sendiri,
"pak cik, mak cik semua tak faham!! baik senyap je, tak yah cakap apa2 ..."
 ~ cakap dalam hati je hehe~
 (ish malas nak cakap da .......)

 















15 April 2011 (Jumaat) ~
kegembiraan terserlah bila mak bagi tahu abah nak balik,
dalam pukul 1.30 ke 1 lebih la, mak sampai rumah dengan st.john ambulans

 


agak terkejut melihat keadaan abah,
berubah sangat2, badan abah hanya tinggal tulang,
aku rasa baru berapa hari tak pergi melawat abah kat hospital,
(tak dapat ikut sebenarnya =( .......)

 






tarikh tu dah merubah status hidup aku sekeluarga,
tarikh tu aku dan keluarga kehilangan orang yang paling penting dalam hidup,
orang yang membesarkan aku,
orang yang menjaga aku semasa sakit,
orang yang sentiasa bersabar melayan kerenah aku dan adik-beradik yang lain,
kasih sayang yang dia berikan tak kan pudar sampai bila2

~~~~

























 AMIR HAMZAH BIN AHMAD
(nama sebenar sebelum di "bin" kan dengan nama lain)~
13/03/1957
(tarikh sebenar abah bernafas di muka bumi ini)~
15/04/2011
tarikh menghembuskan nafasnya yang terakhir
~~~~








Orang-orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat juga akan mendapat rahmat dan aman daripada segala azab kubur, perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang maksudnya: Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, dia akan dicop dengan cop iman dan terpelihara daripada siksa kubur. (Hadis riwayat Al-Baihaqi)