Friday, December 28, 2012

((y)ˆ ⌣ˆ)(y) U&I ((y)ˆ ⌣ˆ)(y)

Dear Precious Life...
eza tumpang luahkan perasaan eza dekat sini
bukan minta simpati
tapi hakikatnya
kat sini je tempat yang eza boleh luahkan semuanya
eza tak ada tempat lain nak kongsi pasal life eza
sebab eza tak suka kongsi dengan orang
((y)ˆ ⌣ˆ)(y) (tabiat eza dari kecil) ((y)ˆ ⌣ˆ)(y)
tapi kalau ada orang baca ni
suka hati dia orang nak cakap apa
janji hati eza dah lega...tak ada beban dekat otak ni dah
((y)ˆ ⌣ˆ)(y)
eza ada kawan dengan seorang insan
memanglah eza copuple dengan dia
tapi bila eza bawa dia balik rumah
and i see that "mama" and "abg" say "NO..!!!"
(dari air muka dia oranglaj eza baca)
okay lah... eza ikut...tapi still contact dia sampai eza habis study
and now memang eza dah habis study but eza still x boleh lari dari dia lagi
memang eza dah cuba renggang...kadang2 mesej dia eza tak reply
call dia eza tak jawab
then hari ini 28DEC2012
dia and family dia datang tempat eza
so nak tak nak eza terpaksa keluar dengan family dia
bawa family dia round2 tempat sini...and makan2
but you know what??
dia nak hantar cincin tanda...dia nak jumpa mama tadi
and alhamdulillah sebab mama tak ada dekat rumah
so lega sikit rasa
tak payah eza susah2 nak say "TAK MAHU!!"
eza tak nak ada apa2 ikatan selagi eza tak dapat apa yang eza nk....!!
but im still worried kalau2 benda ni jadi betul??
sampai bila eza nak lari dari dia ni...dear Allah help me....!!
T.E.R.S.A.N.G.K.U.T
mahu pengsan ni..haish
sabar eza..bertenang...lepas ni cuba lagi untuk jauhkan diri
((y)ˆ ⌣ˆ)(y) InsyaAllah ((y)ˆ ⌣ˆ)(y)
Aminnnn

Monday, September 17, 2012

bila Cik Eza Membebel 3... (^_~)V

assalammualaikum
lama dah tak buka blog ni
lama gak tak balik rumah...ceh lama ke??
duussshhh tipu je...huhuhu

ok la..sebelum ni eza balik tak sempat nak buka nak baca balik blog ni
buka n baca blog lain ada la...
memory la...past is past...never mind...what ever...hahaha
<pape ntah eza ni kn>
dari hari raya tu sampai last week busy cari model, shoot model
apa yg eza shoot pun eza tak tahu
rasa macam buruk gila gambar tu...tapi tak apa
eza budak baru belajar, tak boleh nak malu..tp eza malu sikit la nak upload kat blog ni
next time la...hehe
ada satu gambar human interest yang eza shoot..
tapi
di sebab kan hard disc eza sudah kehilangan wayar usb nye yang agak susah di cari
eza tak dapat nak share
pun kira next time juga lah...ek? hahaha
eza tulis ni pun sebab apa ek?
sorry..eza macam dah lost memory...sebab eza tengah scan
virus2 yang mengacau otak ni..banyak sangat
nak halau tak boleh...so the result is scan with antivirus...haha

eza saja tulis ni...
eza tak tahu apa yang eza buat sekarang ni
nak ikut permintaan mama or nak teruskan tanpa pengetahuan mama??
hari tu eza jalan2 g fraser hill pun mama tak tahu
yang mama tahu eza g dgn kawan
bukan dengan si dia....
mama macam tak restu dah eza dgn si dia..
why mama?? si dia dah minta maaf kat mama...umm
pelik...sekarang mama macam sengaja sebut pasal budak pahang 2
stop it...dia bukan eza punya dah
eza dah buang dia jauh2...eza benci sangat2 kat dia
walaupun dia dah minta maaf beratus-ratus kali
eza penat....lepas je si dia, eza nekad
no couple in my life...sampai eza dapat apa yang eza nak capai sangat!!!
thats my promise...!!


Saturday, August 18, 2012

salam ramadhan (^_~)V

assalamualaikum
selamat petang....hehe
salam ramadhan...ramadhan bakal ke penghujungnya
ramadhan bakal berlalu...
esok bakal memasuki bulan lain..bulan syawal....
masa ini lah saat kita bermaaf-maafan
minta ampun dekat semua orang...halalkan semua benda

tapi ada someone yang minta ampun kat eza
minta halalkan semua...dia mengaku bersalah sebab buat eza macam 2
*macam mana 2??? benda agak privasi*
banyak kali gak dia cuba contact eza...tapi eza buat tak tahu
maybe dia nak minta maaf sangat2 kot
tapi.......
entah lah....eza rasa macam hati eza tak dapat nak maafkan dia
walaupun kat mulut dah cakap eza maafkan dia
eza maafkan dia.tapi pasal benda lain....yang dia tipu eza 2 entah lah
eza kena ambil masa nak lupakan semua benda
walaupun eza dah ada pengganti dia
sebab eza ni manusia...eza pun ada perasaan...hati wanita cepat terguris dari hati seorang lelaki
maafkan eza...eza kena ambil masa lupakan awak
eza kena ambil masa maafkan awak
eza bukan nak cari musuh...eza bukan nak kacau rumahtangga awak
awak yang cari eza....so jangan cakap yang bukan2 pasal eza

apa2 pun....eza nak minta ampun
minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
kalau eza ada buat silap..manusia ni tak lari dari kesilapan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, August 16, 2012

bila aku jatuh cinta.... (^_^)~~


✿ Kata Najwa →❤ cinta muka buku ✔
❀ Kata Rangga →❤ ada apa dgn cinta ✔
✿ Kata Radja →❤ benci bilang cinta ✔
❀ Kata Agnes Monica →❤ cinta tak ada logika ✔
✿ Kata Polis →❤ cinta itu sukar ditangkap ✔
❀ Kata Ustaz →❤ cinta itu anugerah ✔
✿ Kata Doktor → ❤cinta tak dapat untuk diubati ✔
❀ Kata Guru →❤ cinta tak boleh utk di pelajari ✔
✿ Kata Hakim →❤ cinta tak boleh di hukum ✔
  Kata Orang →❤ cinta itu indah✔
✿ Kata Ulama →❤ cinta Allah kekal abadi ✔
kata pilot →❤ cinta itu membuat kita melayang


love is a currious thing, when we catch tight it would die, but if we catch it not so tight it would run away.

Sunday, August 5, 2012

cik eza & dslr ♥ 6

assalamualaikum...
home sweet home...hehe
"tak ada maknalah..esok masuk balik dalam kandang"

aiya...cuti berapa hari je
kena siapkan 2 assignment
first assignment
kena cari 2 orang model untuk shoot time raya nanti
nak buat bulan puasa tak boleh...nanti model haus eza yang kena tanggung dosa dia orang
hahaha (^_^)
theme eza pilih...CASUAL & DRESS
ingatkan nak tambah satu lagi...MUSLIMAH...!!
seorang model dah jumpa...budak sekolah dulu
seorang lagi eza masih mencari...

atas ni contoh theme CASUAL


dan yang ni untuk theme DRESS



second assignment
yang ni lak kena siapkan minggu ni
before raya (~_~)
lagi pening.....!! (==")
tengok memang senang..tapi nak dapatkan story line memang susah hehe
tak ada benda yang senang dekat dunia ni kalau tak belajarkan??
yang second ni pasal HUMAN INTEREST
LANDSCAPE or BUILDING
ada 2 kerja...2 gambar...2 maksud yang berbeza


HUMAN INTEREST

A human interest story is a feature story that a person or people in an emotional way
tu apa yang eza tahu lah...

 BUILDING

 LANDSCAPE

ni semua assignment eza kena siapkan hari ni
sebab esok eza nak balik dah pun
sama ada berjaya eza berjaya buat semua ni ke tidak....tunggu dah lihat hasilnya
hehehe (^_^)V

Saturday, July 7, 2012

bila Cik Eza Membebel 2... (^_~)V

assalammualaikum
morning...evening.....night...hahaha

sebenar nya eza pun tak tahu nak tulis apa ni
hari ini last day eza dekat rumah...........cuti sem nak habis dah
cukup la 2 minggu dekat rumah...berat pun dah naik ni
hehehe

okeyh lah lepas ni last sem eza...eza will be a PHOTOGRAPHER
hahaha
insyallah kalau tak ada apa2 yang menghalang....naik sem ni banyak kena fikir
duit..model...projek...task...whatever...!!

tapi paling penting model la
kena garu kepala cari model yang perfect
kadang2 model perempuan ni nak dengan photographer lelaki je
kena ayat dengan laki dah cair
aduhai.....lepas ni nak cari model lelaki la
biar eza ayat dia orang pula
kot2 ada yang cair ke?? kan...kan...kan..???

okeyh la....hari ni nak jalan puas2
2 minggu tak pegang camera langsung ni
time cuti cari pengalaman....ni tak?? asyik cari fb je....hahaha
eza nak undur diri
bubye
(=_=")~~

Wednesday, June 27, 2012

Tanpa Cinta by Eren

Seumpama daun yang berguguran
Berjatuhan di taman seperti itu
Perasaanku setelah kau putuskan
Meninggalkan diriku menjauhiku

Tak pernah ku sadari akan seperti ini
Hidup sendiri tanpa cinta lagi

Jatuh bangun aku mempertahankan cinta
Yang ku rasakan kau sungguh sempurna
Ternyata ku salah menilaimu
Tak seperti aku dan kamu yang sudah senyawa

Sebisa mungkin ku hindari merindumu
Melupakanmu, tak berharap balik denganmu
Terlalu sakit kecewa yang ku simpan
Biar hilang bagai daun yang jatuh berguguran

Tak pernah ku sadari akan seperti ini
Hidup sendiri tanpa cinta lagi

Jatuh bangun aku mempertahankan cinta
Yang ku rasakan kau sungguh sempurna
Ternyata ku salah menilaimu
Tak seperti aku dan kamu yang sudah senyawa

Sebisa mungkin ku hindari merindumu
Melupakanmu, tak berharap balik denganmu
Terlalu sakit kecewa yang ku simpan
Biar hilang bagai daun yang jatuh berguguran (berguguran)




lagu ni macam ada persamaan dengan diri eza
so dengar2 kan lah..
(~_^)V

cik eza & dslr ♥ 5

selamat pagi...
Assalammualaikum...
pagi ni tak tahu nak buat apa..so eza nk upload gambar2 eza time dekat IKBN peretak
gambar ni seminggu sebelum kami junior2 balik cuti sem
and sebelum paper teori kami..
tapi dalam ni gambar eza je banyak...eza bercuti pegang camera hehe
tapi ada la gak beberapa gambar yang eza shoot
ni gambar roomate eza je..yang lain tu eza x upload..sebab tak edit lagi hehe










see....kami semua gila2
tapi ni baru sikit...ada lagi yang eza tak tunjuk
next time lak kan?? hehehe
daaaa
(^_~)V

Tuesday, June 26, 2012

bila Cik Eza Membebel... (^_~)V

Salam sayang..
sekarang ini eza tengah cuti sem...hari ini hari ke 4 dah...
macam cepat je masa berlalu
time cuti ni la banyak benda yang eza baru tahu...kesiankan??
tu pun sebab duduk kat hulu tanpa WiFi..
susahnya hidup....aiyaaa

k la....nk share satu story
hari 2 eza ada terbaca dekat wall someone yang bakal eza benci
hahaha ada pula bakal bencikan??
eza ada terbuka wall dia...anniversary dia dengan awek dia yang sekarang ni
first anniversary kot kalau tak silap
biasalah orang tengah hangat bercinta..sweet la juga dia orang tu
tapi eza dengan bf eza lagi sweet...sampai si dia dah minta restu mama eza dah
Ooppss tiba2 lak story pasal eza lak kan??
tarikh dia orang couple pun dalam pertengahan tahun
faham2 lah bulan berapakan??
bila eza fikir2 balik..last year eza gaduh dengan someone ni
dalam bulan 8 atau 9 macam tu lah
logik ke korang fikir??
someone ni ada cakap kat eza dulu, time eza gaduh tu dia orang baru couple
entah lah...eza malas lak nak fikir
hanya Tuhan yang tahu sama ada dia bohong eza atau tak
terpulang dekat dia...kalau dia rasa bersalah
and nak minta maaf..pandai2 lah kan cari eza??

sekarang ini..eza pelik
EX bf eza masing2 cari eza balik...adalah dalam 2 3 orang
sampai ada yang hilang number eza sanggup cari eza kat fb nak minta number balik
eza bukan tak nak bagi...sebab eza pegang dengan kata2 eza

"kalau dah muntah jangan jilat balik"

renung2kan selamat beramal...hehe
(^_~)V
duussshhhh!!!

Sunday, April 29, 2012

cik eza & dslr ♥ 4

morning...and selamat pagi
assalammualaikum
hari ini eza balik peretak...macam berat je hati nak melangkah balik
yela..lepas ni tak dapat online....sebab tu berat je hati ni hehe
kalau esok cuti best sikit duduk dekat rumah..nanti eza nak pergi ambil MC la
hehehe
.................................................................................

okeyh lah eza nak share something ni
malam tadi ada someone yang eza agak rapat tanya dekat eza

"kenapa ambil bidang photography ni??"

and eza pun menjawab hehehe

"eza ambil ni sebab minat...dan eza yakin macam boleh bawa je benda ni
lagi satu eza fikir masa depan...kalau eza terima banking hari tu
akan datang confirm ke eza akan dapat kerja?? kalau ada rezeki adalah kan??
kalau yang ni boleh buat part time sendiri...macam ni walaupun belajar setahun je
eza terus jadi photographer...photographer low sikit lah hehe
eza kena banyak belajar je bila ambil bidang ni
kena banyak bertanya...hari2 pegang camera, kalau boleh bawa tidur sekali 
nak belajar punya pasal hehehe"

"lepas ni kalau ada rezeki eza sambung skm3
walaupun sijil je..tak ada diploma...tak ada ijazah....phd semua2 lah
janji eza ada ilmu...ada kemahiran yang eza boleh buat
setengah orang dah ada diploma.. ada ilmu bila suruh ambil gambar tu
tak jadi gak...lagi malu dari orang yang hanya ada sijil je."

betul x?? kan?? hehehe

entry ni khas untuk awak..jawapan yang eza tak sempat nak jawab semalam
sekarang awak fahamkan kenapa eza minat benda ni??
bawah ni gambar khas untuk awak
from my dslr...nak tengok sangat family eza..
sorang lagi sis eza tak ada

cik eza & dslr ♥ 3

salam semua
salam sayang...salam rindu...salam cinta
uiksss....ehem tak sangka minggu ini eza balik
di sebabkan ada masalah kesihatanlah yang eza balik ini
kalau tak, jangan harap
duduk jela dekat peretak tu 2 bulan
"sayang peretak punya pasal"
ngeee (^_~)
..........................................................................................

okeyh...petang tadi eza pergi tengok sunset dekat pantai
cantik....saja pergi nak shoot picture
ini eza nak share sikit...kalau ada yang kurang tolong la tunjukkan
eza baru je belajar pegang camera hehe



eza suka tengok awan...cantik kan?? before and after sunset


bawah ni pula kakak eza punya kerja..penat tunggu agaknya
hehe sorry sis

and last bawah ni
eza punya kerja la pula...hehe
tak reti sangat tulis2 dekat pasir ni...ni la jadinya...
selamat cuci2 mata (^_~)v

Saturday, April 14, 2012

cik eza & dslr ♥ 2

salam..hari tu dapat assignment 'dial mode'
so terbanglah kita orang ke KL
time tu memang sedih...menangis tak tahu nak buat macam mana
balik2 pic tak siap..tambah2 dengan penatnya
hadoiyai..ni ada la sikit2 pic yang eza nak share
hari tu buat ada la beberapa yang tak menjadi...

flash on/off
yang atas ni tourist dari china..penat speaking, tak faham juga
haish..geram dah aku time tu..sabarkan gak hati
last2 baru dia faham..berapa puluh kali aku ulang hahaha

close up
bunga je eza dapat tunjuk..pic serangga ter'delete'
so tak dapat nak tunjuk

landscape
yang ni dekat ikbn..tasik tepi tu je


shutter
cantikkan?? thanks..hahaha
yang ni kat sungai chiling..best, tapi sayang eza ambil pic entah pape
ada yang jadi, eza delete...bengongkan??
balik2 kena marah sebab tak siap hahaha

yang atas ni geng2 foto sesi 1/2012
ni lah family eza kat ikbn tu
tanpa pertolongan dia orang tak jadi lah semua gambar eza
thanks...love u'all
bawah ni logo batch kita orang (^_^)v