~hari ini genap 86 hari pemergian abah~
dalam melalui 86 hari ini
aku mendengar semua kisah suka duka mak dan abah
zaman perkenalan
perkenalan semasa umur mak baru 14 tahun dan abah ketika itu bru 21 tahun
~ kalau tak silap
(^.^) ~
zaman percintaan
perkenalan selama 2 tahun membuatkan abah berani untuk mem
proposemak untuk menjadi kekasih hatinya
dengar dari cerita mak, abah seorang yang
romantik itu yang membuatkan aku mencari lelaki yang ada persamaan macam abah
dan selebihnya zaman perkahwinan mereka
zaman inilah yang boleh di katakan banyak halangan yang harus di lalui bersama
semua cerita tak membosankan mak
walaupun sudah banyak kali cerita itu keluar dari mulutnya ..
dalam ceritanya juga ada terselit senyum, tawa, sedih
mungkin kita yang mendengar atau melihatnya seperti tidak membawa kesan apa2
tapi pada mak semua itu kenangan terakhirnya bersama insan yang menyayanginya
kenangan yang tidak akan dia lupakan sampai bila2
kasih sayang yang abah berikan itulah yang menyebabkan mak tak dapat melupakan abah