Saturday, July 9, 2011

ROMEO n JULIET

~hari ini genap 86 hari pemergian abah~


dalam melalui 86 hari ini
aku mendengar semua kisah suka duka mak dan abah
zaman perkenalan
perkenalan semasa umur mak baru 14 tahun dan abah ketika itu bru 21 tahun
~ kalau tak silap (^.^) ~

zaman percintaan
  perkenalan selama 2 tahun membuatkan abah berani untuk mempropose
mak untuk menjadi kekasih hatinya
 dengar dari cerita mak, abah seorang yang romantik 
itu yang membuatkan aku mencari lelaki yang ada persamaan macam abah
dan selebihnya zaman perkahwinan mereka
 abah dan mak selamat di satukan pada 24 julai 1983 
zaman inilah yang boleh di katakan banyak halangan yang harus di lalui bersama 
semua cerita tak membosankan mak
walaupun sudah banyak kali cerita itu keluar dari mulutnya ..  
dalam ceritanya juga ada terselit senyum, tawa, sedih
mungkin kita yang mendengar atau melihatnya seperti tidak membawa kesan apa2
tapi pada mak semua itu kenangan terakhirnya bersama insan yang menyayanginya
kenangan yang tidak akan dia lupakan sampai bila2
kasih sayang yang abah berikan itulah yang menyebabkan mak tak dapat melupakan abah
itulah ROMEO n JULIET tanjong karang 


No comments:

Post a Comment